Assalamualaikum,
Sebelum tarikh perjalanan kami telah di beri senarai aktiviti yang kita orang nak join. Tapi semua aktiviti tersebut menggunakan harga USD. Jadi kena siap-siap tukar duit lah kat Malaysia. Oleh kerana budget ciput tapi teringin juga nak naik Belon panas, aku pilih yang kat Pamulkkale kurang usd 100. Yang ni boleh pilih aktiviti yang lain.
Jadi bila pi Cappodocia Bilal dah cadangkan pi Turkish Night. Dia cerita yang sebelum ni pi Derwish Night orang yang pi semuanya pening kepala sebab dia punya dace tu pusing-pusing banyak kali. Jadi dia syorkan yang ni.
Sampao di cappodocia oleh kerana 2 malam di situ jadi takde lah tergesa-gesa pack beg. Lepas dinner kami pun di bawa ke suatu tempat. Tada....tenguk orang joget.
Yang last semua pelancong dia ajak bersama. Lepas tu dah keliling ramai-ramai dia pi keluar. Kata Rasyid ada buat unggun api di luar. Kita orang yang dok dalam tak nampak. Patutle lama bebenor.
Shila dan anak ruby serta Anim begitu seronok join depa berjoget.
selamat berwisata di Turkiye nohas jaga diri
ReplyDeleteSis PI salah masuk rumah ni. hehehe rumah nohas sebelah nun.
DeleteSopan pakaian penari yang video atas tu... Notie, dulu kami tertengok tarian gelek..... hadoi! Saya terus lari keluar. Kenapalah kami dibawa ke situ.
ReplyDeleteLorrrr amie tourist guide tak citer dulu ke sebelum bawa. Rosak program.
DeleteOk ke makanan kat sana tu? Halal semuanya?
ReplyDeleteSemua halal lah. Makanan dia ok lah cuma pada tekak saya ni tak boleh masuk. Tapi kita cuba le mana yang boleh makan makan kalau tak boleh tolak tepi. Dia banyak berempah dan ada juga yang sihat. Tapi desert dia tak boleh masuk manis meleting dan berempah
Deletekemain depa menari2 ye. hihi
ReplyDeleteSesekali enjoy
DeleteBila bagi lesen menari.. Haa amik hahahaa..
ReplyDeleteAla bukannya selalu. cekali-cekali dapat lesen bebas
Delete