Wednesday, October 25, 2023

Trip Turkiye - Lif untuk kerusi roda

 


Assalamualaikum,

Kalau ada yang mengikuti perjalanan travel aku ke Bromo dulu mesti ingat cerita kawan yang kena stroke tapi nak jenjalan juga. Kiranya tu cerita lama lah ye. Yang pasti setelah Pkp dan setelah lama tak cop pasport sudah tentu lah nacha nak jenjalan sebab itu kesukaan dia.

Dan trip ke Turkiye ni dia ikut juga dan kali ni bawa suami. Yah dengar ceritanya pada mulanya macam tak nak bagi nacha ikut tapi mungkin Kak su pujuk Yah pun diam je. Yah aka Ketua rombongan sebab dia yang cari travel agent. Kak su tukang cari orang.

Masa mula-mula perjalanan kat airport,  aku terdengar Kak su bercerita...nampak Nacha gembira je dapat jenjalan ke Turkiye. Jadi sebagai kawan bila dengar macam tu memang le tak sampai hati kan tak bagi ikut. Lagi pun suami dia ada. Kak uda sampai tak nak ikut sebab masih trauma lagi masa pi Bromo dulu. Trauma sebab menolong mengangkat Nacha. Kudrat perempuan kan mana sama dengan lelaki. Lepas tu kena marah lagi. Masa mula-mula tu kan mood dia swing. Kita orang sabar je. Ni nostalgia jenjalan di Bromo dulu.

Masa kita orang pi muzium Mustafa Kamal Ataturk kat Bolu ni lah pertama kali aku tenguk lif untuk kerusi roda. Tempat tu macam menaik dan banyak tangga. Kiranya tinggi juga kawasan tersebut. 

Sekali bila Bilal aka tour guide bawa ke Nacha tepi dinding....eh rupanya lif untuk kerusi roda. Wah changgih lah. Terpegun kami tenguk. Kat Malaysia takde nampak lagi.  Bumi Turkiye ni ada pelbagai bentuk. Ada yang ok ada yang memang tak sesuai untuk kerusi roda. Tapi alhamdulillah.


   

6 comments:

  1. Bagus bila kemudahan untuk pelancong berkerusi roda disediakan...ada banyak negara yang sediakan kalau x salah..update lagi kak..nak tengok gambar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara lain tak pernah tenguk lagi. Ni pertama kali tenguk....ooooo macam tu

      Delete
  2. Saya tumpang gembira untuk Nacha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih amie. Kadang kesian juga tenguk dia.

      Delete
  3. Canggih mmg friendly OKU la di Trurkiye ni... Hebat Turkey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Saya tenguk pun wow bagus lah semua orang boleh tenguk muziumnya

      Delete