Ok nak citer ni. Bila di belek-belek ahli rombongan rupanya ada 3 negara bergabung bervisata bersama. Satu daripada Indonesia iaitu Nurul. Nurul ni sudah kawan dengan kak su aka penulis Noor Suraya sudah lama. Malahan masa Kak su dan geng Ulat buku pergi ke Bandung tahun bila aku dah lupa tapi dah lama dulu lah, mereka singgah rumah Nurul. Selain daripada Bunga kawan Indonesia yang aku kenal , Kak su ada ramai kawan disebabkan minat dalam penulisan dan pembaca buku. Nurul juga pernah menulis buku katanya. Nurul juga merupakan pengajar di sekolah di Indonesia. Malahan anaknya Fatihah ada menuntut di Turkiye. Jadi bila Kak su ajak visata ke Turkiye, Nurul pun nak ikut sebab dapat berjumpa dengan anaknya di sana.
Malahan pernah Nurul dan keluarganya datang melancong ke Kuala Lumpur. Kak su dan Yah yang berjumpa dengannya. Aku jumpa pertama kali dengan Nurul di Masjid Putrajaya, bagi kerepek tempe dengan mee siput pada Kak su masa balik dari kerja. Jumpa sekejap je bagi barang bersalaman dan balik.
Manakala Nir pula merupakan warga Singapura yang merupakan bekas penulis Jemari Seni. Semasa menjadi penulis Jemari Seni telah bertemu jodoh dengan seorang lagi penulis Jemari Seni iaitu Pingu yang merupakan orang Malaysia. Masa baru terima perkabaran mengenai perkahwinan Nir dan Pingu....kita orang terperanjat dan tak sangka. Alhamdulillah jodoh mereka di Jemari Seni. Setelah Jemari Seni melabuhkan tirainya, Nir dan seorang lagi penulis Jemari Seni Lila Vee telah menubuhkan Manes Wordworks. Sekarang Nir dah berhenti menjadi cikgu di Singapura dan duduk di Putrajaya sebab Pingu dah berkerja di Jabatan Audit Negara. Anak 2 perempuan dah besar-besar dah setelah lama tak jumpa.
Kalau Ryn dan kak mon daripada Brunei join sama trip Turkiye ni lagi best sebab 4 negara bergabung. Tapi Ryn dah pergi Turkiye tahun lepas dan Kak Mon pula tidak sihat. Apapun kita doakan semuga Kak mon aka Stubborn Bakers sihat walafiat hendaknya. Aamiin.
seronoknya travel jejauh..SA ni ntah bila la nak merasa...
ReplyDeleteAla nanti pi le honeymoon obersea
DeleteSeronok tengok kat FB gambar-gambar dia travel Turkiye.
ReplyDeleteNotie... sama dengan saya, balik travel Turki turun 2 kg! Banyak sangat aktiviti gunakan kaki untuk bergerak.
Seronok letak video kat reels terutamanya masa naik belon panas. Kan...penat tapi puas hati
DeleteTurkiye mmg best...tapi ramainya umat manusia di Istanbul..
ReplyDeleteIstanbul jangan cakap le penuh umat dia
DeleteUwaaah senangnyaaa bisa pergi dengan kawan2, beda negara pula. Bukan mudah untuk arrange nya 😄👍.
ReplyDeleteBerarti baru lagi ya tripnya kak.. Suka dengan alam nya turkiye, cantik memang. Tapi saya tak cocok dengan makanannya 🤣
Kebetulan mereka nak join. Bila nak jenjalan baru terperasan yang Nir tu warganegara Singapura. Sama lah dengan saya ngak cuck dengan makanannya tapi cuba mana yang boleh dengan tekak saya. Kalau takde makan roti yang macam-macam jenis.
Delete